Semera
Kampung Semera adalah merupakan salah sebuah perkampungan melayu yang terletak berhampiran dengan Laut Cina Selatan di dalam Daerah Kecil Asajaya, Samarahan, Sarawak.Terletak 70.2km (menggunakan feri) dari pusat bandaraya Kuching dan berada dalam daerah kawasan Sadong Jaya.Ianya sebuah kampung yang terbesar di dalam daerah Sadong Jaya.Perjalanan ke Bandar Kuching memakan masa selama satu jam setengah (menggunakan feri) atau 115 km jika menggunakan jalan darat.
Kampung ini telah menerima pelbagai kemudahan dari pihak kerajaan seperti sebuah sekolah rendah,sebuah sekolah menengah, klinik kesihatan desa, perpustakaan,pasukan keselamatan (RELA), kemudahan telefon, bekalan elektrik dan juga air paip dan Pusat Giat Mara Batang Sadong serta pada masa sekarang kampung ini juga telah menerima kemudahan ICT PJK (Pusat Jalur Lebar Komuniti) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pembinaan jalan raya bertar juga telah memudahkan pergerakkan penduduknya ke kawasan-kawasan lain dalam masa yang lebih singkat berbanding dahulu.